Wednesday, March 9, 2011

bintang di LANGIT

aku terbaring.. memandang kelangit.. banyak sangat bintang yang berkilau.. aku cuba kira.. kira dan kira.. tapi sekali aku leka... kiraan aku hilang.. aku mula kira semula.. aku terpandang satu bintang yang sangat terang warnanya.. kilauannya sangat menyerlah.. teringat kata seorang kawan.. kalau kamu rindu ibu kamu kamu carilah bintang yang paling terang dilangit.. dan kamu luahkanlah isi hati kamu.. ibu kamu di syurga pasti mendengar luahan kamu..
BINTANG ITU.. ibuku

LOVE LETTER TO MY LOVELY MOM
ibu....
Hidup ini sering membuat aku menangis.. sedar aku murahnya air mata ini.. aku semakin mengerti, semakin lali dengan permainan hidup ini.. tekadku meneguhkan aku disini.. berseorangan mencari cahaya, jalan untuk keluar dari kedukaan ini.. kadang kala aku lemas.. anggapanku sudah tidak mampu bernafas.. cahaya itu semakin malap.. jalanku semakin kabur.. haruskah aku teruskan hidup ini.. apa yang menantiku didepan.. adakah sinar bahagia.. atau kedukaan yang tak berpenghujung..IBUUUUUUUUUUUUUUU

zaqq , indah namaku tetapi tidak seindah hidupku ibu... bagaimana hidupku bisa indah jika kamu telah pergi.. siapa kamu.. kamuLAH yang bergelar ibu dan ayah..
Teringat aku pertama kali tiba di rumah kakak selepas ibu pergi... sunyi.. sedih,, keseorangan.. terpencil..Itulah yang aku rasai.. rumah ini ibarat rumah anak-anak yatim bagiku.

Kini, inilah rumahku.. inilah syurgaku... aku cuba membiasakan diri, dengan suasana baru, dan teman yang baru.. cantik .. damai.. keadaan di rumah ini.. penuh dengan kasih sayang insan yang bergelar manusia.. tapi kasih sayang itu bukan untukku.. aku sedar betapa menggunung pun kasih sayang ini.. tidakkan sama dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah..

ibu..ayah
Berat hati ini untuk menerima hakikat bahawa kamu telah tiada.. pergi menyambut seruan ilahi.. pintaku berbahagialah kamu disana.. dan aku perlu mencari kebahagiaanku disini.. dunia baruku.. sama ada aku suka ataupun tidak.. inilah dia.. rumah baruku.. tempat aku berteduh berlindung.. dari kekejaman dunia..

Disini. Ada peraturan yang perlu dipatuhi.. ada tatasusila yang perlu di pelajari.. hidup di sini tak boleh ikut kepala sendiri.. nak lakukan semua benda, kena fikirkan untuk semua penghuni.. lain lah kalau di rumah sndiri.. makan bila-bila masa pun tak kisah.. tapi di sini terlepas waktu makan terpaksa la menunggu waktu seterusnya.. makan tidak boleh memilih.. telan apa yang ada.. syukur sentiasa perlu ada dalam diri..  

Sukar untuk aku membiasakan diri, sikapku yang suka menyendiri menyebabkan aku tidak punya ramai teman IBU.. mungkin ada yang mencela aku ni sombong, buat kepala sendiri.. tak sedar diri.. tapi mengertikah mereka aku tidak bisa, belum bisa menerima kenyataan ini.. kenyataan bahawa aku telah keseorangan.. 

IBU...
Hari demi hari.. aku semakin pasti.. semakin menerima.. inilah takdirku.. ALLAH lebih menyayangi ibu dan ayah.. aku redha.. aku terima percaturannya.. dia lebih tahu semuanya.. Cuma satu pintaku... abadilah ibu dan ayah bersama insan yang soleh dan berbahagialah kamu disisi mereka..  moga pergi ibu dan ayah  tanpa rasa kekesalan kepadaku.. jika ada kesal di hatIMU.. hidupku pasti dirundum pilu.. menjadi anak yang derhaka..

I LOVE U MOM AND DAD 
Hari ini, aku berazam inilah permulaan baruku,, aku akan mencari bahagiaku.. ya allah limpahilah hatiku dengan sinarmu, berikanlah aku secebis harapan agar yang secebis itu bisa menjadi segengam.. agar aku mampu menerima apa jua dugaan mu.....(zaqq 31 DEC 2001)


ibuuuuuuu.. zaqq rindu..

2 comments:

EdayFaz said...

sayu n terharu baca... jgn risau masih ada yg syg pd zaqq...ada hikmah semua tu...zaqq kena kuat...

RAZAK rahim said...

thankss.. tonight im not ok