Saturday, March 12, 2011
SAYA PUNYA KAWAN punya birthday
Afternoon to EVENING
SATURDAY>12-3-2011> 2PM-5PM
BELUM pun hilang penat xtvt ROAD RELAY td.. aku kena p satu xtvt lg..huhu.. kali ni xtvt sambut birthday..majlis ni dibuat oleh miss empunya diri.. iaitu fyda.. birthday dia patutnya hari selasa ni 15-3-2011.. tp sambut hari ni sbb hari ni je kita org free..huhu.. aku, tyo, maharius, bantong , yet, ika n syue join birthday ni..
Aku sampai awal dari mereka semua..huhu.. kul 2 aku da sampai da.. aku jalan2 dulu.. aku nmpk bear yg kecik.. aku pk nk beli tuk fyda lah.. sbg kenang kenangan birthday dia.. harga dia murah je.. tp aku x malu bg yg murah.. yg penting aku IKHLAS n tgk kemampuan diri..huhu..
‘FYDA TERIMALAH HADIAH YANG X SEBERAPA NI.. CEWAHHHH’
inilah bear hadiah tuk fyda.. cantik kan..huhu
KITA org sambut kat pizza hut birthday fyda.. huhu..sbb da selalu da smbut kat KFC..HUHU.. tapi bayar sendirian berhad ar..huhu..gamaknya nak ubah angin dan citarasa la pulak..huhu.. fyda sampai lewat.. 1 jam aku tunggu.. tp x pe heehe.. boleh dimaafkan.. masuk je pizza.. duduk n order.. n makan.. AKU BG GRED NEGATIF10/10 untuk pizza hut punya kedai.. layanan x bagus.. sudu kena ambik sendiri.. sos kena minta.. roti pizza keras.. sos x sapu rata kat pizza, gelap.. apa ag ek.. mmg x best ar pizza kat tg MALIM NI.. BAIK tutup je..huhu
x sedap pun still bergambar.. da mmg minat bgmbr kan.. huhu
soup berketul.. pizza keras.. huhh.. pizza jahat
Tengah duk x puas hati ni..fyda pun bukak kek yang dibeli td..
‘WOWWWW, SECRET RECIPE’
kek tiramisu fyda yg rasa cappucino
tiup.. sampai berasap..haha
Kami nyanyikan tuk fyda.. happy birthday to u.. happy birthday to u.. happy birthday to FYDA.. happy birthday to u.. fyda potong kek.. keknya dr luar ok.. tp bila potong hancur.. sebab keras sgt.. x sangka kek kat SECRET RECIPE TG MALIM NI X BERKUALITI.. sakit hati je.. kata kek tiramisu.. dulu aku pernah mkn .. x keras mcm ni..rasanya kek tiramisu patutnya lembab n lembut.. huhhh.. SECRET RECIPE pun baik tutup je lah..huhuhu.. meniaga nak untung je.. lau murah x pe ni.. beratus harganya.. mcm nk g lempar balik je kat pintu secret recipe tu.. sian tgk muka fyda x puas hati..huhu
tiramisu mcm pasu.. sian fyda.. kuantiti 100, kualiti 0
x sedap pun .. bergambar gak.. dr membazir..huhu
Da kenyang da.. kami borak2 kejap.. bergambar then balik..
‘HAPPY BIRTHDAY FYDA.. IKLAS DR ZAQQ ‘
A prayer: 2 bless ur way
A wish : 2 lighten ur moments
A cheer: 2 perfect ur day
A text: 2 say HAPPY BIRTH DAY
May all your dreams come true.
May every star of every night,
Bring love and joy to you.
Happy Birthday to you.
A wish : 2 lighten ur moments
A cheer: 2 perfect ur day
A text: 2 say HAPPY BIRTH DAY
May all your dreams come true.
May every star of every night,
Bring love and joy to you.
Happy Birthday to you.
7.45 am punya HAL
CATATAN HUJUNG MINGGU
SABTU> 12 MARCH 2011> 6.30AM-12pM
HARI ni semangat giler ar.. nak bangun awl pagi.. siap kunci jam kul 6.30 pagi lagi..almaklumlah semangat nak sertai ‘ROAD RELAY UPSI’.. ahahaha.. mandi2.. gosok gigi..cuci segala yang perlu di cuci.. solat subuh.. pakai baju.. pakai wangi-wangian.. then tunggu masa je nak p campus.. mmg semangat ar.. hari sabtu lak tu..huhu.. biasanya hari sabtu aku bangun paling awal kul 11am..hahaha
ini la dak zakir ngan kwn2 dia
Aku sebenarnya x tahu apa2 pasal road relay upsi ni.. kawan aku.. dak ZAKIR dgn kwn2 dia yang ajak suruh join.. aku apa lagi.. dr aku membuta je baik aku isi dengan benda yang berfaedah..tak gitu..
main2 sblm mula acara
Sampailah tempat program dijalankan.. tunggu punya tunggu da kul 8.15am.. da 30 minit berlalu.. barulah pendaftaran dijalankan.. biasalah.. janji melayu.. 7.45am jd 8.15 am… tp x pe semangat kesukanan tinggi dan da biasa dgn situasi ni.. sabar jelah.. huhu
bosan nak tunggu sampai kul 10
P daftar kumpulan… then byr rm15 .. ok la .. berpatutan la..huhu . siap je daftar.. kami dapat information yang menggemparkan.. kami dalam kategori OPEN.. N mengikut perancangan katogeri OPEN mula pukul 10 a.m.. adoiiiiiiiiiiiiiiii.. dgr je.. berapi kepala ni.. yelah .. bangun jam 6.30.. program start kul 10am.. so apa nak di kata.. kitaorg gelak x ikhlas jelah..huhu
pose..pose..n pose
Tunggu punya tunggu.. mcm2 kami buat.. jogging.. bergambar.. mengumpat.. haha.. nak isi masa sampai kul 10..huhu
da ready ni.. semangat..huhu..dak zakit da mcm atlit da ni..huhu
AKHIRNYA.. masa yang ditunggu telah tiba.. kami mendengar arahan.. bg katogeri open.. 1 kumpulan 4 orang..
Orang pertama setiap kumpulan perlu lari 3 km
Orang kedua kena mengayuh basikal 6 km
Orang ketiga kena berlari 3km
Org keempat kena mengayuh basikal 6km
Orang keempat dari setiap kumpulan yang sampai dulu kan menang..haha
hadiah-wow.. nak 1 lah..huhu
Akhirnya.. aku menjadi orang keempat.. dan kami mendapat tempat keempat.. dari empat kumpulan yang bertanding.. HEBAT KAN..haha.. aku x kisah yang penting aku menamatkan perlumbaan.. menang itu rezeki.. kalah boleh cuba lagi kan.. yang penting semangat perlu ada.. thanks kepada penganjur.. happy sgt pagi ni.. rasa longgar je sendi2 ni..huhu
still tersenyum walaupun kaki mcm nak tercabut..haha
Akhirnya sesi penyampaian hadiah semua happy je..x kisah dapat ke x hadiah.. huhu.. tapi terdapat elemen kejutan.. ingatkan x ada hadiah tempat keempat.. rupa-rupanya.. diumumkan tempat keempat,,hehe.. semngat g ambik hadiah kat depan..huhu.. hari ini terisi dgn aktiviti yang bermakna..huhu.. happy sgt2
bergambar kenangan dgn hamper.. keempat pun empatlah.. yg penting gua menang dalam diri sendiri..haha
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Friday, March 11, 2011
guess what..ahha
apa yang ada di bilik zaqq..huhu
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
| biskut coklat.. my favourite |
| jelly... my everyday dessert..huhu |
| sugar-sugar.. makan time wat asaiment..huhu |
| biskut beras... penganti nasi..bestttt |
| chip udang.. eat when im depressed |
| meggi.. makan time suntuk..haha |
| potatoes.. makan time bosan..haha |
| tiger.. my breakfast.. bertenaga..haha |
| biskut kacang.. makan bila ingat je..haha |
| susu.. minum sebelum tido..huhu |
| corn roll.. kadang2 je mkn.. manis |
| tart nenas.. saja nk rasa suasana hari raya di bulan 3..haha |
| lolypop.. 1 kali seminggu je mkn.. kdg2 1 kali sebulan..huhu |
| my special baverage.. da nak habis da..huhu |
Thursday, March 10, 2011
ntah lah.. jiwa runsing.. YA ALLAH
masalah x akan pernah habis.. jalani seadanya
Aku masih mencari kebahagiaan, masih mencari sinar yang belum hadir di dalam hidupku. Kadang-kadang aku bertanya pada alam, pada sang angin, kenapa harus aku diperlakukan begini. Aku tidak minta, aku tidak mohon untuk diperlakukan sebegini rupa. Tapi inilah jalan takdirku, takdir yang harus ku jalani...aku tidak boleh memilih..tidak boleh..
kerana
“Walau sesukar manapun hidup yang perlu ditempuhi, walaupun seberat manapun cabaran yang perlu digalas, dan walau siapapun kita, ingatlah hidup mesti ditempuhi, mesti dijalani seadanya”.
Hidup ini adalah rumit.. tidak semudah dan seringkas pemikiran anak-anak kecil yang hanya tahu bergelak tawa. remember that.. hidup untuk dijalani.. bukan untuk di sia-siakan..
Wednesday, March 9, 2011
bintang di LANGIT
aku terbaring.. memandang kelangit.. banyak sangat bintang yang berkilau.. aku cuba kira.. kira dan kira.. tapi sekali aku leka... kiraan aku hilang.. aku mula kira semula.. aku terpandang satu bintang yang sangat terang warnanya.. kilauannya sangat menyerlah.. teringat kata seorang kawan.. kalau kamu rindu ibu kamu kamu carilah bintang yang paling terang dilangit.. dan kamu luahkanlah isi hati kamu.. ibu kamu di syurga pasti mendengar luahan kamu..
BINTANG ITU.. ibuku
LOVE LETTER TO MY LOVELY MOM
ibu....
Hidup ini sering membuat aku menangis.. sedar aku murahnya air mata ini.. aku semakin mengerti, semakin lali dengan permainan hidup ini.. tekadku meneguhkan aku disini.. berseorangan mencari cahaya, jalan untuk keluar dari kedukaan ini.. kadang kala aku lemas.. anggapanku sudah tidak mampu bernafas.. cahaya itu semakin malap.. jalanku semakin kabur.. haruskah aku teruskan hidup ini.. apa yang menantiku didepan.. adakah sinar bahagia.. atau kedukaan yang tak berpenghujung..IBUUUUUUUUUUUUUUU
zaqq , indah namaku tetapi tidak seindah hidupku ibu... bagaimana hidupku bisa indah jika kamu telah pergi.. siapa kamu.. kamuLAH yang bergelar ibu dan ayah..
Teringat aku pertama kali tiba di rumah kakak selepas ibu pergi... sunyi.. sedih,, keseorangan.. terpencil..Itulah yang aku rasai.. rumah ini ibarat rumah anak-anak yatim bagiku.
Kini, inilah rumahku.. inilah syurgaku... aku cuba membiasakan diri, dengan suasana baru, dan teman yang baru.. cantik .. damai.. keadaan di rumah ini.. penuh dengan kasih sayang insan yang bergelar manusia.. tapi kasih sayang itu bukan untukku.. aku sedar betapa menggunung pun kasih sayang ini.. tidakkan sama dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah..
Berat hati ini untuk menerima hakikat bahawa kamu telah tiada.. pergi menyambut seruan ilahi.. pintaku berbahagialah kamu disana.. dan aku perlu mencari kebahagiaanku disini.. dunia baruku.. sama ada aku suka ataupun tidak.. inilah dia.. rumah baruku.. tempat aku berteduh berlindung.. dari kekejaman dunia..
Disini. Ada peraturan yang perlu dipatuhi.. ada tatasusila yang perlu di pelajari.. hidup di sini tak boleh ikut kepala sendiri.. nak lakukan semua benda, kena fikirkan untuk semua penghuni.. lain lah kalau di rumah sndiri.. makan bila-bila masa pun tak kisah.. tapi di sini terlepas waktu makan terpaksa la menunggu waktu seterusnya.. makan tidak boleh memilih.. telan apa yang ada.. syukur sentiasa perlu ada dalam diri..
Sukar untuk aku membiasakan diri, sikapku yang suka menyendiri menyebabkan aku tidak punya ramai teman IBU.. mungkin ada yang mencela aku ni sombong, buat kepala sendiri.. tak sedar diri.. tapi mengertikah mereka aku tidak bisa, belum bisa menerima kenyataan ini.. kenyataan bahawa aku telah keseorangan..
IBU...
Hari demi hari.. aku semakin pasti.. semakin menerima.. inilah takdirku.. ALLAH lebih menyayangi ibu dan ayah.. aku redha.. aku terima percaturannya.. dia lebih tahu semuanya.. Cuma satu pintaku... abadilah ibu dan ayah bersama insan yang soleh dan berbahagialah kamu disisi mereka.. moga pergi ibu dan ayah tanpa rasa kekesalan kepadaku.. jika ada kesal di hatIMU.. hidupku pasti dirundum pilu.. menjadi anak yang derhaka..
Hari ini, aku berazam inilah permulaan baruku,, aku akan mencari bahagiaku.. ya allah limpahilah hatiku dengan sinarmu, berikanlah aku secebis harapan agar yang secebis itu bisa menjadi segengam.. agar aku mampu menerima apa jua dugaan mu.....(zaqq 31 DEC 2001)
ibuuuuuuu.. zaqq rindu..
nasi KUKUS + AYAM berempah
hari ni cuba mulakan hari dengan senyuman.. yessssss.. aku tersenyum bersemangat.. nape ek?
![]() |
| senyuman pagi.. huhu.. ready nak mandi..huhu |
| sebabnya.. permulaan hari yang indah bermula dengan hati yang tenang.. pagi ni hati aku tenang.. pergi jumpa lect kat campus nak bincang tentang tugasan mingguan.. semangat.. tp lect x ada jawapan atau perancangan lagi untuk tugasan itu.. so aku balik dgn tangan kosong je la.. it ok.. x kisah pun.. lect layan kedatangan aku dgn baik pun dah cukup.. alhamdulillah.. ingat yer |
' KITA KENA SENTIASA POSITIF K'
selesai je jumpa lect.. aku balik.. sblm balik aku intai gak kedai nasi kukus ayam berempah sebutan ramai tu..yang popular tu.. tutup.. maybe awal lagi kot.. x pe la x ada rezeki nak makan hari ni.. agpun aku bawak duit x cukup kot..huhu.. aku pun balik lah kerumah.. tp otak aku ni asyik pk nasi kukus je.. nasi kukus.. nasi kukus.. adoii.. mcm mana ni.. da x boleh tahan ni.. kena beli gak ni.. apa lagi.. korek tabung ar.. huuhu
' MENABUNG MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP..HUHU'
![]() |
| sedapnya nasi kukus + ayam berempah 10 minit berlalu.. ayam da siap goreng, abg tu pun buka kedai.. aku lah pelanggan pertamanya pada hari ini.. so boleh lah pilih bahagian ayam yang digemari.. best nyer.. sukanya.. |
zaqq> 9-3-2011> 1pm
Tuesday, March 8, 2011
fikiranku.. MELAYANG
Monday, March 7, 2011
power chef.. haha.. aku sungguh bertenaga hari ini.. semuanya begitu mudah bagiku TODAY..cayalah
HARI YANG TERINDAH
| AKU YANG HAPY GO LUCKY |
hari ni bangun kul 6.45am.. bunyi je jam loceng.. terus bangun.. x ada berlengah2 dah.. rasa bertenaga sangat.. padahal aku tido lewat semalam.. aku mandi, solat, pakai baju chef, wangi2, letak barang dalam bag.. pakai kasut, panaskan enjin moto, n aku terus gerak.. kat moto aku menyanyi ketawa.. riang sekali..entah kenapa.. hati aku tenang sekali.. mungkin kerana prisip yang aku amalkan sejak beberapa hari yang lalu..
'INGATLAH ALLAH DALAM SEGALA HAL, NESCAYA ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA.. INSYAALLAH"
sampai kelas kul 7.50am tadi.. kelas start kul 8am.. alhamdulillah sampai ke kitchen dengan selamat.. Thank u ALLAH.. aku pakai apron, pakai cap, betulkan baju, kemaskan diri.. ready untuk melaksanakan kewajipan.. aku buka tingkap kitchen bg fresh sikit.. terasa nyaman sekali pagi itu..
| AKU DI APIT OLEH chef of the day |
kelas aku dimulai degn breafing dr chef of the day.. tugas aku pada hari ini adalah memasak shark fin soup.. sgt sedap.. tp tidak terbatas.. semua kerja aku lakukan.. aku tolong semua kawan2.. aku sediakan air laici untuk 26 orang kawan yang lain.. air laici itu terasa begitu sedap sekali.. mungkin sbb aku ikhlas dan tersenyum semasa sediakan air tu.. kawan2 ckp air laici tu mmg sgt menyegarkan..
'LUPA LA PULAK NAK AMBIL GAMBAR AIR LAICI KU YG FRESH TU..HUHU'
selesai buat air.. aku tolong kawan buar shark fin soup.. selesai sudah.. aku sediakan makanan untuk kawan2.. staff meal.. aku masak bihun goreng special resepi aku.. hati aku berbunga-bunga.. semua kawan2 cakap sedap.. happy sgt2.. ada yg tanya apa resepinya.. aku ckp secret resepi.. mereka terusan tanya aku.. aku pun berjenaka
![]() |
| MEE GORENG special zaqq |
' kalau da namanya secret recipe.. mana blh bg tau..HEHHE'
Selesai sudah menyediakan bihun goreng.. aku tolong kawan kemaskan kitchen.. semuanya menjadi hari ni.. semua masakan kami kelihatan hidup.. sangat menyelerakan..
KAT BAWAH NI SEMUA MASAKAN KITA ORANG PADA HARI INI.. BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
Menu Isnin (07/03/2011)
Appetizer : Fried wonton
Soup : Shark Fin Soup
Main Course : 1) Breaded Chicken Boxing served with Thousand Island Sauce accompanied with butter corn and mixed vegetables
2) Grilled Sea bass served with Plum sauce accompanied with Herb Rice and Mix Vegetables
Dessert : 1) Assorted fruits
2) Pancake served with honey sauce
Soft Rolls :
SPECIAL BAVERAGE > KAPAL API PA TAH...HUHU
AKU sungguh gembira hari ni.. lect ku cik AMILIN MAKAN BIHUN DENGAN BERSELERA,, SAMBIL MMBERI PUJIAN.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. amin.. thank u ALLAH
KALAU INGAT ALLAH SENTIASA.. SEMUANYA JADI MUDAH..HUHU
Subscribe to:
Posts (Atom)








































